If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Saturday

Konvokesyen ILKKM

6 Oktober 2016

Ini konvokesyen kedua terbesar pernah saya ikut. Konvokesyen ni kali lebih bermakna dari konvokesyen sebelum ni (UTM). Maksudnya bukan saya tidak bersyukur untuk konvokesyen saya yang first. Cuma ada kenangan yang saya mau kasi lupa masa tu.

Saya ada tanya si boipren kalau dia mau datang atau tidak masa majlis konvokesyen. Dia cakap macam tidak dapat datang sebab ada masalah transport. Terus saya pun mengimbaulah kunun kenangan dulu-dulu sama ex. Konvokesyen saya 2011 saya harap betul dia datang. Dia suda janji masa mula-mula masuk UTM yang dia akan datang masa majlis konvokesyen saya. Tapi masa tahun ke tiga, masa saya struggle untuk exam n projek sarjana muda yang bikin stress, masa tu juga lah paling banyak begaduh sama dia. Dia tidak datang pg majlis konvokesyen saya. Tu malam saya nangis, takut-takut ja bengkak mata masa konvo. Hahaa.

Itu kisah lama. 2015, masa saya sedang struggle exam dan OSCE, c boipren sentiasa ada walaupun dia jauh. Tiap-tiap malam lah dia call. Kadang kalau panat, kana marah-marah lah c boipren. Tapi dia sabar betul. Dia tidak pun pernah marah balik. Rasa bersalah juga sama c boipren. Malam sebelum exam, dia cakap tidak mau call sebab mau bagi masa saya untuk tidur awal. Saya ada rasa stress sikit tu malam sebab ingat exam bisuk, jadi saya marah-marah dia. Lepas tu dia call.. Stress saya hilang masa dengar suara dia. Saya pun tidak tau kenapa. Mungkin sebab dia biasa sudah call hari-hari kan. Masa exam saya dapat jawab betul-betul, masa OSCE saya dapat perform bagus. Dan saya masuk dalam best student Final Exam sama ujian LJM/LBM. Biar betul. Hahaa.

Habis ja majlis konvokesyen, saya buka handphone nampak mesej c boipren. Dia lambat bangun, seriously? Erm. Tapi dia cakap dia mau datang. Dup dap jantung saya masatu. Sudahlah muka berminyak, bida suda lah orang bilang. Saya tunggu dia datang dan memang dia datang. Hantam ja lah, tidak sempat sudah mau touch up muka. Hahaa. Biar lah, kalau dia suka saya dia terima seadaanya juga tu. Hahaa. Kalau lah dia tau macamana besarnya hati saya (gembira ba, ada ka besar hati.. mulau) masa dia datang. :). Itu sebab saya bersungguh-sungguh belajar mau suka sayang cinta sama ko. Hahaa.

Ok banyak cakap merapu. Yang penting sekarang sudah habis majlis konvo, buli sudah fokus kerja (yala fokus..). Buli suda berfoya-foya lepas dapat gaji.. Haha.

Tuesday

1year Anniversary 8 Mac

5 tahun yang lalu saya jumpa ni saturang lelaki di gereja SIB Kibbas. Saya tidak pernah jumpa dia sebelum ni. Saya tingu dia dari jauh. Selepas 1 bulan, tiba2 dia add saya di facebook. Dia tidak kenal pun saya, dia tidak pernah nampak pun saya. Adeii. Kami jadi kawan di 'facebook'. Lepas tu tiba-tiba dia bawa couple. Kami try lah kunun. Terus terang, tiada pun tu perasaan sama dia. Entah kenapa suddenly saya rasa annoying betul bila dapat mesej dari dia. Saya start benci dia n benci betul serius benci tanpa sebab. Lepas tu saya minta break. Must him pray a lot. 3 tahun selepas tu saya tiba-tiba terbuka hati terima dia masa dia mengurat balik. Mula tu saja-saja. Kunun sebab lama single sama boring sudah hidup sendiri-sendiri. Wkaka. Dia ada juga kasi screen shot mesej 3 tahun lalu. Omg.. Ini bikin malu. Biar saya saja yang tau. Mesti dia ketawa2 mengulu tu kan.

Dia suka paksa saya makan masa saya kenyang, kenal kawan-kawan saya, kenal family saya, yang tiba-tiba minat kucing dan tiba-tiba beli barang warna hijau. Sebaliknya saya suka marah-marah dia masa saya megantuk, paksa dia terima saya potong rambut, tukang membebel kalau tidak habis makanan sebab dia suka order banyak makanan, paksa dia makan mcD masa selera dia mo mkn sasau. Haha.

Max, I just want you to know how glad I'm with you now. I cant imagine mylife without you. you are the reason I believe in love again. From our friendSHIP to courtSHIP to relationSHIP – my life has been sailing in the best SHIP one after another. Happy 1st anniversary. Lps ni mesti dia ckp bukan 4th anniversary ka? Ya ya 4th la kan :)

Wkakaka..sebab mood excited dpt posting d Sabah..sekali sekala post ayat2 bikin naik bulu tangan..

Thursday

Dengarlah Bintang Hatiku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Satu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tau ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

RIP 3 March Memories

Nombor 3 memang nombor fav saya dari dulu. Lagi2 anniversary sama ex yang 1st 3.3 (3 Mac). Dan seriously walaupun tahun lahir sy 88, saya paling tidak minat no 8. Ini kisah dulu dan saya tidak pernah kasitau sama si buipren.. Now c buipren tau n dia jeles. Hehe.. Lagipun dia minat nombor 8 sebab saya lahir tahun 88 plus lagi anniversary kami 8 Mac. Siou gma.. Tu kisah dulu dulu pun. Sekarang semua berubah sudah. Now I love only u and I started to love all thing that u love. Even lagu, makanan, warna.. Semua yang dia suka saya pun suka. The power of love kaitu? Hehe.. I miss u myMax.

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template