If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Thursday

Day 4: Your Dream Job

"Kasi sedia 1 kertas, kamu tulis di atas kertas tu apa yang kamu mau jadi bila sudah besar nanti. Apa cita2 kamu.. Tulis 3 ah..", masih saya ingat masa sekolah rendah, cikgu suruh kami buat ni benda. Punya lah sedaya upaya saya fikir. Apa saya mau jadi bila suda besar nanti? Bila tengok kiri dan kanan, semua kawan excited n lancar ja menulis. Rasa nervous, takut nanti dorang sudah siap, saya pula sorang2 belum siap. Saya pun curi2 lah tgk2 kawan sebelah, ada yang tulis polis cikgu doktor jururawat bomba n macam2 lagi. Saya mau jadi apa ah? Mungkin sebab ramai di kalangan kawan2 yang ibubapa dorang kerja sebagai guru n polis, so ramai yang tulis itu sebagai cita2 dorang. Bapa saya kerja di MCM masa tu, di bahagian mesin dan elektrik. Saya selalu nampak bapa buat wiring di rumah. Dan saya suka ikut bapa :). Tapi apa cita2 saya? Ni benda jadi persoalan saya dari kecil lagi. Seriously saya tiada bakat apa2 pun. Masa tu saya tulis polis doktor dan jururawat. Ini pun copy dari kawan sebelah ja. So saya abaikan apa cita2 sebenar saya. Malas mau fikir..

Bila masuk sekolah menengah, kena tanya lagi soalan yang sama. Tidak ingat masa form berapa. Sebab kami perlu pilih course bila masuk form 4 nanti. Cikgu cakap, "kamu perlu pilih sesuatu yang kamu minat supaya kamu boleh sambung study untuk itu dan kerja ikut apa yang kamu mau.. Itu cita2." Dan guess what, I don't have any idea pasal cita2 saya. Stress sikit saya fikir masa tu, tapi saya lebih suka ikut kawan. Dan thanks God semua kawan masa tu, kawan yang pandai2. Semangat untuk bersaing pun kuat. Dari form 1 sampai form 3 masuk kelas 1 *kelas pandai la konon*. Bila dapat result PMR dan kena umum masuk kelas mana, punya happy bila dapat masuk kelas Sains Tulen. Rasa bangga, punya excited balik rumah n kasitau mama. Sepanjang form 4 n 5, saya masih belum jumpa apa cita2 saya. Tapi I'm more into Math n Physics. Saya lemah sama subjek Sejarah n Biologi. Habis form 5 n masuk matriks, saya bingung mau pilih hayat atau fizikal. Kalau ikut result, memang saya masuk kelas fizikal tapi bestfriend semua masuk hayat. Saya pun sms la guru fizik form 4 n 5 (Cikgu Nelson) n guru fizik kami yang garang tu balas, "study ikut kemampuan, bukan ikut kawan". Dan saya pilih Fizikal. 1 tahun berlalu n saya dapat tawaran sambung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Kesihatan. Jelas suda kan, tanpa pilih apa cita2, dengan ni degree saya boleh jadi tutor, jadi pegawai sains, sambung kerja di mana2 sektor swasta, jadi pegawai penyelidik n banyak lagi. Tapi satu pun saya tidak minat. Sepanjang 3 tahun setengah study, saya tidak pernah serius pun study. Escape kuliah, lambat hantar assingment, study last minit. Kalau yang berumate sama saya tau la tu, memang tidur tidur tidur ja kerja saya. Malam bangun, siang tidur. Ini bukan sesuatu yang saya minat. Apa cita2 saya? Satu subjek saya minat masa tu, Subjek Elektronik.. Mungkin sebab selalu nampak bapa buat kerja2 elektrik. Tapi still itu bukan cita2 saya. Lepas konvokesyen, sedikit sukar mau cari kerja sebab keperluan untuk ni course memang rendah. Perlu tunggu kekosongan. Banyak kawan2 yg sudah konvo awal n kerja bukan ikut course. Saya pernah kerja sebagai guru tuisyen di Kumon. Tapi tidak lama n saya balik di Sabah n cuba nasib di sini.

1 tahun saya kerja di kedai Celcom dealer under cousin lepas tu dapat tawaran masuk GEMS. *sila cari di google apa itu gems*. Kursus untuk para graduan yang belum dapat kerja. Dari ni kursus, saya kena bagi peluang untuk kerja di poliklinik swasta. Sini start sudah minat saya sama ubat n penyakit. Banyak benda baru saya belajar sini. Happy jumpa kawan2 yang sporting dan banyak ajar saya. Hampir 1 tahun kerja, saya try2 lah isi spa8 *tempat memohon kerja sektor govt*. Saya dapat interview untuk kursus Jururawat Masyarakat. Saya pg interview dan dapat lulus interview. Masa tu saya rasa pening2 lalat sikit. Mau pg atau tidak? Sebab banyak lagi masa saya akan hilang. Kawan2 lain sudah kerja n saya masih jadi student? Fikir punya fikir, saya pun ambil keputusan terima tawaran. Lagipun sekarang belum ada kerja tetap.

Sekarang saya sudah masuk sem 4 dan lagi 1 semester  untuk saya kasi habis ni kursus dan saya tidak pernah menyesal ikut ni kursus. Banyak benda baru saya belajar sini. Saya pun tidak percaya saya boleh study bersungguh2 macamni. Saya tidak pernah study serius macamni. Omg.. Ini kah cita2 saya? Jadi nurse? Cita2 yang saya tulis time saya sekolah rendah.. Only God know.. Ini jalan yang Tuhan bagi. Amen..

"This is my dream job? :)*

0 apa kata kamu:

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template