If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Friday

Kawan Makan Kawan

Kawan makan kawan (ataupun dia memang bukan kawan saya dari dulu?).

Sepanjang saya study dari kecil, tidak pernah pun saya dapat kawan macamni. Ni la first time saya jumpa orang macamni. Mungkin sebab jarak umur lain2 kan. Saya kenal ni orang dari semester 1 lagi dan saya memang hormat dia. Tu sebab saya panggil dia kakak. Tapi bila kenal betul sudah sama ni orang, baru saya tau dia ni bukan ja mulut manis tapi talam 2 muka juga. Suka mengampu orang atasan dan guna orang atasan tu untuk kasi jatuh kawan2 lain gara2 cemburu. Selalu buat salah (sleepout haram) tapi bila orang lain buat salah, mati2 mau kasi lapor sama pengajar/orang atasan. Takkan dia tidak sedar, satu persatu kawan kasi tinggal dia. Ini lah masalah ni anak2 PATI yang sudah jadi warganegara. Naik kepala, tidak sedar duduk di negara orang. Kau tunggu lah 1 masa, saya akan kasi pasti kau train out awal.

Omg. Harini blog berunsurkan kemarahan yang membuak2. Wkakaaa.. Mati lah. Perlu bertahan 2 semester lagi. Kenapa lah dekat nama kami.

Wednesday

Hospital Keningau I'm In Love

23:07 packing barang. Besok balik kk sudah. Berat betul ni hati mau balik, kalau timbang berat ni hati confirm rosak tu penimbang. 6 minggu di sini macam heaven tiba2 balik kk(kskb) yang bagaikan neraka.

Tadi kami buat farewell party d labor room. Collect duit n dorang darma masak. Best nampak staff2 makan dengan happy2. Bersyukur betul sebab Tuhan bagi peluang sama kami untuk praktikal sini dan jumpa staff yang sporting dan banyak ajar kami. Seriously sini lah saya belajar semua. Berdikari untuk conduct delivery, ve, kateter etc. Sebelum ni kami selalu bergantung sama staff (dulu 80% staff buat, kami cuma buat 20%). Staff sini betul2 train kami untuk buat kerja sendiri. Special thanks untuk sister2, staff2 nurse n kakak2 jm. Sekarang saya tau kenapa semua senior pun suka datang LR Hospital Keningau. Ada jawapan sudah untuk itu..

Untuk c prince charming, semalam naik hantar pt pg atas, nampak dia di kaunter. Shift dia sudah habis n dia still di sini? Dengar2 dia overtime. Dan tadi nampak dia lagi dengan jarak yang lebih dekat time makan. Omg hensemnya. Hahaha. Kalau kawan2 or staff baca ni tau lah dorang siapa saya kasi maksud tu. Ada satuorang ja prince sini. Gatal juga omg. Besok kami balik sudah, so confirm jadi secret admire ja la. Mungkin dia sudah berpunya. Yang penting ada bertentang mata sama dia kejap tadi. Hahaa. Ok sekian. Bagi peluang saya mau packing barang.

Tuesday

Insomnia Lagi

1:52 am. Insomnia. Suda lah am shift. Omg, macam mau lastik ni mata tidak pandai tidurr.

Lagi 3 hari, bye2 Keningau n hello KK. Seriously saya rasa stress. Saya suka sini *Hospital Keningau*. Hampir genap 6/52 saya posting sini Hospital Keningau. Antara tempat yang paling best pernah saya posting. Staff sporting, kes banyak, asrama yang superb.. Kalau boleh posting sini sampai habis semester pun saya sanggup. Apakan daya, bukan saya yang buat roster. Opkos la puan Donaa yang buat jadual. Oho, please puan saya mau tinggal sini lama2 sikit lagi. I hate kskb hostel. Terikat sama peraturan yang kolot. Lepas tu setiap minggu akan ada peraturan baru yang tidak masuk di akal. Haish. Ingat orang masih budak kecil ka.. adeiii.. *tapi yang lain memang la masih budak*

Yang sedihnya saya admire sama seseorang sini *prince charming*. Omg. Saya akan balik n tidak akan jumpa tu orang lagi. Mungkin dia sudah berpunya? Mungkin dia masih single? Saya tidak berani pun tgk dia *curi2 tgk tu banyak kali la*. Hoho. Dan bila dia oncall, hati saya dup dap happy! Hahaa. Boleh kah saya cakap saya mau kenal dia lagi dalam? Tapi tapi tapi.. Mungkin kah dia sudah berpunya? Takkan lah perigi mencari timba pula. Tiap kali dia datang, saya akan pg jauh juah jauh. Kalau dekat2 nanti meletup jantung. Gahaha. Lagi macam mau pecah organ2 saya haritu time dia suruh saya dukung baby n saya TERsentuh tangan dia. OMG OMG. Wakakaa. Adeii. 3 hari lagi eL. Itu pun belum tentu dia oncall dalam masa 3 hari ni. Cekewanya saya. Wuhuhuu. Ba macam budak2 pula.. Tidurrr zzzz..

Saturday

Day 11: 10 Favourite Foods

1. Burger Daging
2. Kebab Daging
3. Kuih Seri Muka
4. Wajik
5. Coklat
6. Ice cream vanila
7. Terang bulan extra kacang
8. Kuih Onde2 @Putri Mandi
9. Oreo Vanilla
10. Rendang Daging

Kesimpulan dari fav foods: daging, pulut, kacang, vanilla..yummy2..

Friday

Day 9: What's In Your Bag/Wallet

00:04 insomnia. Baru teringat lupa topup internet. Penat kaki jalan2 cari reload tadi.. -_-

Dalam bag-wallet saya *ok sy xda wallet,sy ada beg kecil macam wallet ja* ada duit kertas RM10 n RM50, pendrive, kad2 penting (atm card etc), coins, power bank, handphone, panty liner, gula2 *utk c kaki hypo*, pin baju *standby sbb bila naik berat ni baju cepat koyak rabak T_T*,.. itu ja saya nampak.

Tuesday

Day 8: 5 Currents Goals

Dan saya rasa sangat penat sebab am pm am pm am pm duty.. Tapi bila malam insomnia. Internet slow *guna maxis free on9*. Lepas tu lupa lagi update blog. Omg. Ok ini challenge untuk day 8.

My 5 currents goals
1. To become one of the best student for JMP 7/2013
-ehemm.. hampir setiap sem dapat top 10. Kecuali 14 month exam yang buat saya kecewa. Final mesti berabis!!

2. Vacation to Sarawak with family! Hopefully soon!
-jangan mengharap soon la el.. Sis cakap next year ok. Masa saya konvo la.. Can2?? Please..

3. I wanted to get back to my ideal weight
-hoho.. Ayat tu ba, macam pernah kurus sebelum ni. Zzzzzz -_-. Sebab sudah beruniform putih, terpaksa jaga BMI. Tapi... Lain pula kejadiannya.. Ok abaikan.

4. Conduct Delivery
-Demi kejar 60 kes sambut kelahiran (skrg baru 34). Harus kerja bersungguh2!! *ikat kepala*

5. Cari la bf cepat2
-omg. Ini current goal yang sangat memcabar. Ok bye.

Monday

Cinta Datang Terlambat - Maudy Ayunda

Tak ku mengerti mengapa begini
Waktu dulu ku tak pernah merindu
Tapi saat semuanya berubah
Kau jauh dari ku pergi tinggalkanku


Mungkin memang kucinta
Mungkin memang kusesali
Pernah tak hiraukan rasamu dulu
Aku hanya ingkari
Kata hatiku saja
Tapi mengapa
Cinta datang terlambat


Tapi saat semuanya berubah
Kau jauh dari ku pergi tinggalkanku


Mungkin memang kucinta
Mungkin memang kusesali
Pernah tak hiraukan rasamu dulu
Aku hanya ingkari
Kata hatiku saja
Tapi mengapa kini
Cinta datang terlambat


Mungkin memang kucinta
Mungkin memang kusesali
Pernah tak hiraukan rasamu dulu
Aku hanya ingkari
Kata hatiku saja
Tapi mengapa kini
Cinta datang terlambat


Cinta datang terlambat...

Day 7: Your 5 Favourite Songs

Ok.. Saya lambat post *3 minit*. Sekarang suda masuk Day 8. Kita ikut jam luar negara la ah. Ehee..

My Top 5 Fav Songs..
1. Cinta Datang Terlambat - Maudy Ayunda
2. Anakku - Vina Panduwinata
3. All Of Me - John Legend
4. Tum Hi Ho - Arijit Singh <----1st time sy minat lagu dari ni bahasa :D *serius kamu akan minat ni lagu kalau dgr + tau maksud lirik dia*
5. 만약에 - 태연

Saturday

Day 6: What Are You Afraid Of

Setiap orang mesti ada sesuatu yang dorang takut kan. Saya pun sama, saya takut giuk putih tu! *ulat putih dari sampah tu* Ishh. Entah lah tu takut atau geli. Dan saya takut clowns. Sangat. Hihi. Omg macam budak2!! Wakakaaa...

Saya takut bila kena suruh buat sesuatu yang saya tidak pernah buat sebelum ni, sesuatu yang baru untuk saya. Saya sebenarnya tidak suka orang tegur bila apa yang saya buat tu salah. Yala, kan saya tidak pernah buat ni benda. Saya risau apa pandangan orang kalau saya buat salah. Kadang2 sampai saya tolak untuk buat tu kerja. Mungkin yang saya takut sebenarnya bukan takut buat tu kerja tapi  saya takut ni ---> Not being good at something @ People judging you. *Adei eL, siapa lah yang perfect di dunia kan. Kalau buat salah ok lah, lepas tu sampai bila2 tidak akan lupa lagi.*

Dan saya takut mau fall in love again. Saya takut patah hati lagi. Tapi bila fikir2, bila nampak lelaki hensem, confirm crush juga. Mungkin yang saya takut sebenarnya ialah "Falling out of love". Haha.. Ini sedikit jiwang. *Sila abaikan ketakutan ini.*

Saya takut bila bapa marah. Muka dia garang. Kalau mama marah, saya tidak takut pula. Hahahaa.

Ada lagi kali lain tapi ini ja la saya mau tulis. Gaha. Zzzzzz..

Friday

Day 5: Your Proudest Moment

Conduct Delivery :). Sambut new born.

Thursday

Day 4: Your Dream Job

"Kasi sedia 1 kertas, kamu tulis di atas kertas tu apa yang kamu mau jadi bila sudah besar nanti. Apa cita2 kamu.. Tulis 3 ah..", masih saya ingat masa sekolah rendah, cikgu suruh kami buat ni benda. Punya lah sedaya upaya saya fikir. Apa saya mau jadi bila suda besar nanti? Bila tengok kiri dan kanan, semua kawan excited n lancar ja menulis. Rasa nervous, takut nanti dorang sudah siap, saya pula sorang2 belum siap. Saya pun curi2 lah tgk2 kawan sebelah, ada yang tulis polis cikgu doktor jururawat bomba n macam2 lagi. Saya mau jadi apa ah? Mungkin sebab ramai di kalangan kawan2 yang ibubapa dorang kerja sebagai guru n polis, so ramai yang tulis itu sebagai cita2 dorang. Bapa saya kerja di MCM masa tu, di bahagian mesin dan elektrik. Saya selalu nampak bapa buat wiring di rumah. Dan saya suka ikut bapa :). Tapi apa cita2 saya? Ni benda jadi persoalan saya dari kecil lagi. Seriously saya tiada bakat apa2 pun. Masa tu saya tulis polis doktor dan jururawat. Ini pun copy dari kawan sebelah ja. So saya abaikan apa cita2 sebenar saya. Malas mau fikir..

Bila masuk sekolah menengah, kena tanya lagi soalan yang sama. Tidak ingat masa form berapa. Sebab kami perlu pilih course bila masuk form 4 nanti. Cikgu cakap, "kamu perlu pilih sesuatu yang kamu minat supaya kamu boleh sambung study untuk itu dan kerja ikut apa yang kamu mau.. Itu cita2." Dan guess what, I don't have any idea pasal cita2 saya. Stress sikit saya fikir masa tu, tapi saya lebih suka ikut kawan. Dan thanks God semua kawan masa tu, kawan yang pandai2. Semangat untuk bersaing pun kuat. Dari form 1 sampai form 3 masuk kelas 1 *kelas pandai la konon*. Bila dapat result PMR dan kena umum masuk kelas mana, punya happy bila dapat masuk kelas Sains Tulen. Rasa bangga, punya excited balik rumah n kasitau mama. Sepanjang form 4 n 5, saya masih belum jumpa apa cita2 saya. Tapi I'm more into Math n Physics. Saya lemah sama subjek Sejarah n Biologi. Habis form 5 n masuk matriks, saya bingung mau pilih hayat atau fizikal. Kalau ikut result, memang saya masuk kelas fizikal tapi bestfriend semua masuk hayat. Saya pun sms la guru fizik form 4 n 5 (Cikgu Nelson) n guru fizik kami yang garang tu balas, "study ikut kemampuan, bukan ikut kawan". Dan saya pilih Fizikal. 1 tahun berlalu n saya dapat tawaran sambung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Kesihatan. Jelas suda kan, tanpa pilih apa cita2, dengan ni degree saya boleh jadi tutor, jadi pegawai sains, sambung kerja di mana2 sektor swasta, jadi pegawai penyelidik n banyak lagi. Tapi satu pun saya tidak minat. Sepanjang 3 tahun setengah study, saya tidak pernah serius pun study. Escape kuliah, lambat hantar assingment, study last minit. Kalau yang berumate sama saya tau la tu, memang tidur tidur tidur ja kerja saya. Malam bangun, siang tidur. Ini bukan sesuatu yang saya minat. Apa cita2 saya? Satu subjek saya minat masa tu, Subjek Elektronik.. Mungkin sebab selalu nampak bapa buat kerja2 elektrik. Tapi still itu bukan cita2 saya. Lepas konvokesyen, sedikit sukar mau cari kerja sebab keperluan untuk ni course memang rendah. Perlu tunggu kekosongan. Banyak kawan2 yg sudah konvo awal n kerja bukan ikut course. Saya pernah kerja sebagai guru tuisyen di Kumon. Tapi tidak lama n saya balik di Sabah n cuba nasib di sini.

1 tahun saya kerja di kedai Celcom dealer under cousin lepas tu dapat tawaran masuk GEMS. *sila cari di google apa itu gems*. Kursus untuk para graduan yang belum dapat kerja. Dari ni kursus, saya kena bagi peluang untuk kerja di poliklinik swasta. Sini start sudah minat saya sama ubat n penyakit. Banyak benda baru saya belajar sini. Happy jumpa kawan2 yang sporting dan banyak ajar saya. Hampir 1 tahun kerja, saya try2 lah isi spa8 *tempat memohon kerja sektor govt*. Saya dapat interview untuk kursus Jururawat Masyarakat. Saya pg interview dan dapat lulus interview. Masa tu saya rasa pening2 lalat sikit. Mau pg atau tidak? Sebab banyak lagi masa saya akan hilang. Kawan2 lain sudah kerja n saya masih jadi student? Fikir punya fikir, saya pun ambil keputusan terima tawaran. Lagipun sekarang belum ada kerja tetap.

Sekarang saya sudah masuk sem 4 dan lagi 1 semester  untuk saya kasi habis ni kursus dan saya tidak pernah menyesal ikut ni kursus. Banyak benda baru saya belajar sini. Saya pun tidak percaya saya boleh study bersungguh2 macamni. Saya tidak pernah study serius macamni. Omg.. Ini kah cita2 saya? Jadi nurse? Cita2 yang saya tulis time saya sekolah rendah.. Only God know.. Ini jalan yang Tuhan bagi. Amen..

"This is my dream job? :)*

Wednesday

Day 3: Your Favourite Quote



Falling in love is like giving someone a gun and letting them point it at your heart, but trusting them not to pull the trigger.




Tuesday

Day 2: 20 Facts About You

20 facts about me
1. My full name Elvyra. People call me el (my new name-start di kskb), vee(my ex ex ex call me this), ira(only my uncle call me with this weird name.haha.), vera (stranger or orang yg baru kenal), bera(mum dad n siblings), elbo(high school name), boh(UTM friend), leyboh(erma,lyesther,onn) bobo(sib skudai)

2. Suka bangun lambat

3. Can't cook well *ok yg ni membuka malu sendiri*

4. Addict sama warna hijau

5. Found peace in rain

6. I'm 26 years old n I'm still single. Omg. Mau start
cari prince charming sudah!

7. Ada tanda lahir d bahu kanan

8. Love meow n puppy so much much much

9. Nurse to be

10. Hate Biology + love Physics n Math *tapi sekarang karier sy more into Biologi T_T*

11. Bukan seorang yang penyabar n akan jadi penyabar hanya bila berbaju putih

12. When I want something, I will try hard to have it. Biar lah sampai ikat perut pun sanggup. Tapi when I in love with someone, sikit goyah ja pun saya sudah fed up n bye2

13. Hard to fall in love

14. Jadi super gila bila sudah start main 1 game yang best

15. 3 kali pernah couple n broken heart n the 1st n 3rd lah yang paling sakit

16. Anak ke-4 dari 5

17. I'm a degree holder *mau minta puji kijap*

18. Tidak memilih makanan. Semua boleh masuk kecuali hati ayam, telur kuning, batu, kayu.. wakaka

19. Suka buat bintang daripada kertas bila rasa sedih

20. Travel sicker *kuat mabuk jalan bila jalan jauh*

Monday

Day 1: Your Blog's Name

JUST A DREAM
I just don't remember when I started to use this word as my blog's name. 2012 or 2013? Tapi I really like this word "Just a Dream". Mendalam maksud dia kan. Just a dream.. hanya mimpi.. Orang suka tidur siang kan, suka bermimpi. Haha.

Ada sebab kenapa saya pilih Just a Dream sebagai nama blog. Banyak betul kenangan silam yang buat saya fikir, this is reality or am i dreaming? Banyak benda yang saya mau ia jadi hanya dalam mimpi dan bukan realiti. Tapi tiap kali saya bangun dari mimpi, I realise that this is not a dream! Ini realiti! Elvyra, please bangun dari mimpi. Jam 7 am already, it's time to go work. You are working on am duty today! Haha.

Huish sebab ini day 1 punya challenge, tidak banyak idea yang keluar. *werkk..padahal day 1 punya challenge kena suruh bagitau nama blog ja pun.ini suda melebih2 ni*.

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template