If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Friday

Day 4

Day 4
Kerja bertiga juga, saya, eli n kakak S. Kakak S ada kursus, 2 hari dari Day 3 lagi. Petang kami pg lawatan rumah, tapi tu ibu tiada di rumah so kami direct pg beli kuih n jeruk. Balik rumah macam biasa tidur, jam 8pm bangun n pg mandi. Keluar ja dari tandas, punya lah bikin tekejut. Pintu depan rumah (di dapur juga tu pintu,maklum la tiada ruang tamu kan) terbuka luas. Saya ingatkan c eli keluar, tapi bila nanpak grill masih kunci, cepat2 saya tutup pintu. Takut2 ada penjahat bawa parang di luar. Pg bilik, c eli sedang baring2 main handphone. Omg! Saya kasi cerita lah sama c eli. Mungkin tu tombol ada rosak, jadi kami try2 lah pg buka. Sebab kami tidak pernah buka kunci ni tombol. Kami selalu keluar ikut pintu belakang. Masih tagap pula tu pintu, tombol pun tidak rosak. Tgk2 kejap di luar, tapi tiada orang juga. Ok fine. Sambung buat kerja masing2. Eli sambung baring, saya buat kerja sendiri di dapur. Cari mamam :). Sedang2 pakai mask *banyak jerawat saya..tidakkk*, rasa macam mau pg masak air. Sudah isi air dalam jug heater, soket sudah sambung, tinggal mau tekan suis lagi. Bila saya tekan ja.. omg blackout. Wahhh.. nasib ada cahaya lampu dari klinik. Saya kasi bangun c eli yang tidur nyenyak sudah. Kami try tgk suis utama di atas pintu. Bukan itu suis utama dia, tidak berfungsi pun tu suis. Saya mau keluar tgk di luar tapi c eli tidak mau. So, malam tidur bergelap n tidur berpanas la. Sabarr ja la. Zzz.

Day 3

Day 3
Hari ni kerja bertiga ja sama kakak S. Baik orang dia. Biji mata dia warna coklat. Kalau senyum sama macam sn Julia. Banyak juga lah orang harini, bagi2 kami sama c eli sama kakak. Dalam 4 orang juga saya jaga. Tidak sedar sudah masa rehat. Balik :). Di sini best time petang. Tiada orang ni. Tiada kerja n boleh la santai2 goyang2 kaki. *tolong lah vera, buku purple ko belum update*

Day 2

Day 2
Datang klinik dalam 7.30 am, jumpa kakak JMK (kakak D) n lapor diri. Macam garang ja -_-. Lepas orientasi pasal klinik, cerita2 sikit sama tu kakak. Rupanya c kakak nampak ja garang tapi baik orangnya.. Macam biasa lah, kerja3, ramai jg la orang tapi tidak seramai macam di KK Telipok dulu. Kira standard lah untuk KD. Dalam busy2 kerja tu, datang satu lagi kakak JM (kakak S). Nampak muda lagi n cantik orang dia. Oya, kakak D tu agak berumur sudah tapi cantik juga orang dia. Petang kami buat lawatan rumah, ni mother baru bersalin semalam. Oya, dengar2 ada orang tua meninggal di kampung ni. Tu kampung di belakang klinik ja. Luas la kawasan ni kampung, kami lawatan rumah pun guna kereta kakak S. Ada stesen keretapi pula sini kampung. Punya siok.. Sampai ja rumah yang kami lawat tu, fuyoh rumah.. *maksud saya rumah jiran dia* Cantik.. Rumah orang kaya kan. Macam stail2 rumah orang putih. Rumah yang kami lawat tu di belakang ni rumah mewah. Rupanya, di belakang rumah mewah ni tidak la cantik macam di depan. Mungkin dorang jaga depan ja, tidak sedar belakang rumah tidak dijaga. Sebelum balik, kami singgah pg beli kuih n jeruk d kedai2 dalam tu kg. Rata2 penduduk kampung ni bangsa Bajau. Mesra penduduk2 dia..

-eL yang tulis ni-

Day 1

Day 6 tinggal sini aka Day 5 working. Banyak benda lucu n banyak benda pelik di sini. Biasalah tempat baru kan. Orang cakap sini tempat pedalaman, susah mau cari kereta untuk keluar pg pekan. Siapa cakap tu? Sangat lah pelik tu orang yang cakap macam tu. Sini bukan pedalaman la. Depan ni jalan raya pula, main road pula tu untuk pg Keningau. Selalu bas besar lalu depan rumah, lori pun banyak. Ada rasa takut pula sebab tempat laluan kan, hari2 kereta lalu. Nanti tiba2 ada penjahat. *sepatutnya kasi sedia kayu besball ba ni*.

Day 1
Sampai di rumah terus kasi kemas. Ok lah rumah dia. Kecil ja tapi ok lah untuk dua orang. Ada bilik, ada dapur n ada tandas. Peti sejuk n dapur gas pun ada. Klinik tu di sebelah rumah saja, rasanya dalam 5 langkah ja. Kalau besar langkah, dalam 3 langkah ja kali ah. Dalam beberapa jam kami mengemas, tiba2 datang pula ni kereta kancil. Ingatkan siapa, rupanya orang yang kana kasi gaji potong rumput. Dia datang sama 2 orang anak dia.

-eL yang tulis ni-

Sunday

Pindah Lagi..

Cuti 5 hari di rumah. Kasi raya birthday 2 tahun Chloe. Jalan2 cari makan di pekan Ranau. Tidur, makan, movie, game.. Paling best la home sweet home :).

Kemarin balik hostel, punya la tidak best perasaan dia. Boring sudah hidup pindah2 ni. Boring sudah jauh2 dari rumah. :( Penat packing barang semalam, harini pula pindah luar. Sakit tangan angkat barang. Adeii.

Suasana sekarang yang riuh dalam bas, macam2 perasaan saya rasa. Sedih, happy, risau.. Saya sepatutnya rasa bersyukur sebab saya kena bagi peluang pusing2 Sabah. Itu pernah jadi impian saya dulu. Tapi saya rasa penat sudah. Packing unpacking packing unpacking. Sabar lah wahai hati.

New place, new people, new environment.. Wait for me :). Thanks Lord..

Tuesday

Cerita Hari Ini

Yahoo. Boleh relax sudah lepas ni. Exam untuk ni semester sudah berlalu *bye2*. Tidak tau lah result tu macamana, tunggu la 1 bulan lagi.

Dari semalam lagi start packing barang. Belum siap packing lagi. Macamana juga, mata saja bergerak, tangan diam2. Ya, mau pindah lagi. Boring pula hidup secara nomad ni. Actually Ahad ni baru pindah luar, konon2nya outstation la *muntah nasi*. Tapi besok bye2 hostel sudah. Pagi besok masuk kelas, petang balik rumah. Kasi habis cuti di rumah sebelum pindah luar. Penempatan ni kali, saya akan kasi habis masa 1 bulan di luar untuk 2 tempat yang berlainan. Berdebar2 n excited mau mengembara lagi. Harap2 semua berjalan lancar. Nanti lepas habis penempatan di sana, saya akan kasi post nama tu tempat n suasana di sana.

Tadi outing sama kawan.. helen, mira n jie. Rancangan keluar harini untuk makan saja. Tu rancangan berjalan dengan jayanya. Macam mau terburai isi perut sekarang. Sanggup saya terima tu peribahasa sekarang, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Silakan kasi pecah perut saya *apa lah kaitan*. Lepas besok, kami akan jumpa hari Sabtu malam n Ahad pagi sebelum berpecah. Penempatan kami tidak sama. Kawan2, kita jumpa lagi 1 bulan kemudian. Zzzz.

El (00:03)

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template