If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Saturday

Harapan dan Impian

Lagi 2 hari saya bakal menduduki exam Bulan ke-14 KKM. Rasa penat, sikit stress sebab tidak cukup rehat. Perlu struggle pula sebab study week 1 minggu ja. Sebelum ni posting di klinikal, hari2 penat kerja sampai tiada masa untuk study. *konon la, padahal coc xpernah kana kc tinggal* gehee.

Masa penat dan stress ni, saya masih ambil masa untuk baca firman Tuhan. Macam kebetulan tapi bukan kebetulan, saya terbaca ayat bacaan harian yang memang sesuai@ngam untuk saya.

Bacaan untuk 15 Ogos 2014.
Ayat bacaan : Kisah Para Rasul 20:24 "Tetapi aku tidak mengambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tugas yang aku terima daripada Tuhan Yesus. Aku diberi tugas untuk mengkhabarkan berita baik tentang rahmat Allah"

Menyelesaikan tugas? Lama saya berfikir.. Menyelesaikan tugas yang diberikan? Selama ni saya berfikir pasal study study study, sibuk kerja, sibuk main coc dan saya semakin lupa tujuan semua pekerjaan yang saya buat. Menyelesaikan tugas yang diberikan.. Saya buat satu kerja untuk capai sesuatu, saya belajar struggle untuk jadi best student, saya kerja sebab sudah kena bagi roster untuk kerja. Saya lupa yang sebenarnya semua yang saya buat tu sepatutnya adalah untuk memuliakan Tuhan. Tuhan tegur saya di sini.

Apabila matlamat kita adalah memuliakan Tuhan, Dia pasti akan membimbing dan menjaga setiap langkah kehidupan kita. Apa pun harapan dan impian kita, apabila kita meletakkan semua ini ke dalam tangan Tuhan, kita tahu bahawa segalanya, termasuklah kegagalan dan kejayaan, adalah dalam kawalanNya.

Amen..

0 apa kata kamu:

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template