If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Wednesday

Masa TUHAN Selalu Tepat

Bapa  mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya. Matius 6:8

Bila saya dapat interview untuk jawatan Pegawai Sains Fizik dari SPA, saya rasa bersyukur sangat2. Malam sebelum interview saya berdoa "Tuhan, saya mau ni jawatan.. Berikan hambaMu ini kekuatan dan kebijaksanaan saat menjawab soalan2 penemuduga esok. Saya sangat2 mau ni jawatan Tuhan. Ni jawatan lah yang saya tunggu2 dari dulu." Dan bila dapat keputusan yang saya tidak dapat ni jawatan, saya rasa kecewa betul. Ok, mungkin Tuhan ada sesuatu yang lebih baik untuk saya. Tapi terus terang, saya punya hati yang tidak sabar. Saya selalu meminta2 dengan Tuhan.

Adakah kamu2 di luar sana pernah mengalami situasi yang sama? Kamu memerlukan sesuatu dan meminta kepada Tuhan. Bukan saja dari segi pekerjaan atau pasangan hidup tapi juga keperluan kamu dari segi rohani, emosi atau fizikal?

Semasa baca ayat Matius 6:8 "Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya". Saya rasa sebak.. Saya sedar Tuhan kita menjaga kita dengan begitu setia melalui pelbagai cara. Kita sering menghadapi pelbagai masalah, namun kita tidak pernah menghadapinya dengan sendirian. DIA amat memahami kita sehingga memilih masa yang sempurna untuk memberikan yang terbaik untuk kita.
"Meskipun demikian tidak seekor pun (burung pipit) dilupakan oleh Allah. Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!" Lukas 12:6-7 -terjemahan Bahasa Melayu-

Janganlah kita risau akan apa pun. Berdoalah meminta kepada Tuhan dengan rendah hati dan dengan iman.. Dan sabarlah menunggu jawapan dariNya. Kerana Dia lagi faham dan tahu apa yang sebenarnya kita perlukan. MASA TUHAN SELALU TEPAT! :)

0 apa kata kamu:

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template