If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Saturday

Bising RM 1

"Kelas! Jangan bising!! Satu kali lagi kamu bising, bayar RM 1 sorang!!", amaran dari c ketua kelas JMP JULAI 2013.

Terus teringat zaman2 sekolah menengah. Tapi time tu ketua kelas pun satu kepala. Setiap hari ada ja games kami. Main regu, main pukul tangan guna kad manila, main lastik guna getah + kertas yang kana lipat2 *antara game yang paling diminati ramai tapi di banned sebab berunsurkan kekejaman.. Cikgu pun pernah kena lastik ni tapi tiada yang mengaku bersalah.. kekeke*, main kejar2 macam budak kecil n banyak lagi game. Selalunya 15 minit sebelum rehat, konon keluar pg tandas, tapi rupanya melepak d kantin gara2 tidak mau berebut2 beli makanan.

Paling best la time Form 5, 1 kelas 28 orang (14 lelaki 14 perempuan). Ada masa lapang, kumpul sama kawan, banyak lah cerita tidak habis tu. Tapi bila masa untuk study, punya hebat dorang semua. Sekarang semua ada diploma n degree. Ada yang jadi doktor, cikgu, pegawai farmasi, engineer, n macam2 lagi. Ada kerja gov n ada yang bukan gov. Setiap tahun wajib ada reunion kelas n saya lah salah satu yang selalu tidak terjoin reunion. Semua rapat sebab ada yang membesar sama2 dari sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah n sampai kolej matrikulasi n ada juga yang sama2 sampai universiti. Kalau lah dorang tau yang saya rasa bertuah ada kawan2 macam dorang *walaupun saya yang selalu escape reunion :P*.

Elbo.. haha, tu la panggilan untuk saya. Sampai sekarang still dorang panggil saya elbo @ bo. Macam2 gelaran masa tu, nurul jadi roll, fidelia jadi bedilan, azieidah jadi ajinomoto, nurshafina jadi peanut, salnee jadi surti.. adeii, rindu kamu semua.

Back to 2014 (now) kadang2 keluar juga ni gaya keanak2an saya. Walaupun umur suda berapa.. kah3. Tapi kadang saya rasa annoying juga sama gaya keanak2an di kelas. Masa ada pengajar di kelas, boleh2 dorang buat bising *bukan semua, ada lah tu kumpulan2 dia tu*. Boleh2 keluar lepas tu buat gaya macam tiada pengajar ba. Omg. Kami nakal dulu pun, time study serius juga ba.

Imbas balik time sekolah menengah, tidak terkira sudah berapa kali dan berapa orang cikgu menangis n cakap tidak mau masuk kelas lagi. Kalau ingat balik, emmm macam kami tidak pernah buat apa pun. Tu cikgu2 yang emo2 sendiri. Hehehe. Ok la, mungkin kami salah. Tapi ada satu cikgu cakap, kelas kami kelas no 1, kira budak2 genius la konon *sy ni bernasib baik ja masuk sini*. Time cikgu mengajar, ramai student yang suka bertanya. Kadang2 ada cikgu yang tidak dapat jawab. Paling best time keluar sudah result exam n bincang sama2 jawapan, terutama subjek sains. Selalu ada jawapan yang kami rasa betul tapi cikgu kasi salah. Siap cari di buku teks lagi bukti jawapan kami betul. Cikgu pun terpaksa check balik n kasi tambah markah. Bukan satu ada dua soalan tu, banyak soalan yang dipertikaikan. Paling siok tu tingu muka cikgu masa tu. Hahaa. Time form 2 pula, ada satu cikgu BI yang selalu silap prounounce perkataan dalam BI. Ada kawan yang suka kasi betul, ada juga kawan yang kasi ketawa. 2 bulan ja mengajar, terus dia quit. Bayangkan sampai hujung tahun kami tiada cikgu BI. Kami pun tidak tau di mana suda dia. Cikgu Geografi form 2, cikgu sains form 3, pernah menangis di kelas n cakap tidak mau ajar kami lagi. Saya pun lupa lah apa sudah kes masa tu. Tapi bila masa exam, result student semua meletup. So pengetua masih sayang kami la kali. Haha. Oya, kami paling minat cikgu2 Matematik, saya rasa lah. Sebab saya suka cikgu Maths. Dan tidak pernah ada cikgu Maths yang rasa terbuli. Hehe.

Kenapa lah tiba2 saya rindu zaman sekolah menengah.. padahal suda berakhir 9 tahun lepas ba. Haish.

-blackCat yang tulis!-

0 apa kata kamu:

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template