If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Friday

My Cat, Niko

23 November 2012.. Rest in Peace my dear Niko-meng

Kami jaga Niko awal tahun 2012, selepas ambil Apau. Niko c kucing manja n unik, memang jadi kesayangan family. Nakal tapi still pandai dengar cakap. Tidak akan dipukul walaupun dia nakal sebab ada satu kejadian dulu. Pernah bapa pukul dia (bukan kuat pun) sebab mau bagi dia pengajaran, jangan naik atas meja makan, lepas tu dia merajuk satu hari tu n tidak mau makan. Punya lah bapa susah hati time tu. Tu lah sebab kenapa dia tidak kena pukul lagi.

22 November 2012
Ada kucing lawan sama Niko. Niko masih kecil n kucing tu besar 2 kali ganda dari Niko. Cuba bayangkan. :(. Dia luka dalam di bahagian perut. Tidak dapat hantar pergi klinik haiwan sebab klinik haiwan tutup pukul 5. Tu incident happen at 4.30 pm. Sebab panic, kami pun lambat hantar Niko pergi klinik. Malam tu saya jaga Niko. Kasi bersih luka dia n badan dia. Mama pula sapu ubat di luka dia. Saya sediakan makanan, tapi Niko tidak mau makan. Dia mau minum air ja.. Punya lah sedih time tu. Saya tidur dalam jam 11 malam. Bapa cakap, esok c Niko ok sudah tu. Tuhan tolong lah.. Dalam hati saya masa tu.

23 November 2012
Dalam jam 1 pagi, adik mesej cakap yang Niko sakit teruk sudah, Takut tidak boleh tahan sampai pagi lagi. Saya bagi silent handphone, so saya baca mesej tu pukul 6 pagi esoknya. Cepat-cepat saya bangun n pergi tengo Niko. Berdebar-debar pula time pergi tengo Niko. Nampak badan dia masih gerak (bernafas). Saya ambil kain baru n tuala bagi Niko. Biar dia selesa sikit. Mula tu, saya masih boleh control perasaan. Lepas setengah jam, saya nangis tidak mau Niko kasi tinggal saya. Siap berdoa sama Tuhan lagi, jangan ambil Niko kesayangan saya. Setengah jam tu saya nangis tidak berhenti. Niko time tu saya tengo betul-betul kesakitan. Dia bunyi "meoww" hampir setiap minit. Sebab tidak tahan sudah tengo Niko macamtu, saya pun cakap berbisik sama Niko. "Ba..pigi la ko Niko..pigi la.." Masa tu memang nangis habis-habis sudah. Dalam 5 minit macamtu, nafas dia lambat-lambat sudah.. Dalam beberapa minit saja, Niko pun pergi kasi tinggal saya. Tepat sejam saya sama Niko.

Sepanjang 2 hari saya di rumah, Niko tiba-tiba manja dari biasa. Time saya angkat n peluk dia, dia terus tidur. Saya tau dia tunggu saya time dia sakit tu. Punya lah sedih bila kasi bayang macamana dia kesakitan semalaman tu sebab mau tunggu saya kasi rela dia pergi saja. Huhuhu. I Love You Niko... "Your paw prints will be forever on my heart."





0 apa kata kamu:

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template