If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Friday

Emery n Saosin


Bukan semua orang suka lagu macam ni.. Saya suka :))
Ni semua pengaruh dari big bro Libis.. Banyak lagu dia simpan dalam lappy saya. Bila selalu dengar, jadi minat la pula.

Ini satu lagi lagu bez.. Suka3..



Prisa - Bunuh Saja

Pernahkah engkau merasa tersiksa
Bila yang kau cintai pergi darimu
Dan pernahkah kau merasa putus asa
Seakan hidupmu telah berakhir

Mungkin ini saatnya kamu menjadi dewasa
Dan tetap berfikir ke masa yang datang
Lupakan segera beban yang menghantui dirimu
Dan bangkit 'tuk jadikan dewasa

Bunuh saja, bunuh saja masa lalumu
Kubur saja, kubur saja cintamu dulu
Hingga kamu bisa berdiri lagi

Tidak Tau Mau Tulis Apa

Quote by Sevelonn Flisca Mandadi: "Rasa ingin memblog itu sangat kuat dikala minda tidak berdaya utk menjana sebarang idea berkenaan dengan tajuk yg ingin di-bebelkan di blog....."

Sama la.. Haish, mau tulis tu macam banyak.. Bila buka blog, satu idea pun tiada. Biasanya satu bulan saya update blog paling banyak pun 20*itu pun satu kali ja*. Tidak pernah pula 30++..

Tinggal 2 hari lagi habis la bulan Julai. Bulan Ogos pula yang datang :). Azam bulan Ogos ialah.... *TULIS BLOG SETIAP HARI*. Ada idea or tiada pun lepas ni, mesti tulis juga.. 31 Ogos mesti ada sekurang2nya 31 post. Hohoho..

[11:44]

Sunday

i'm lovin' it!!

Photobucket


mcD kesayanganku.. chewah~ Dulu wajib makan mcD setiap minggu, kalau  tidak sempat makan di luar, minta yang delivery pula *patut xpandai mo kurus2!!*. Selalu order double chez burger n chicken mcDeluxe n kalau order, sundae coklat mesti ada.. Rasa tidak perfect pula kalau tiada sundae *suka vanilla tau.. bukan tu coklat dia*.

Tapi hari tu masa makan sama kawan2 *lydia, vero, hazel, emie n fel*, dorang kasi rekomen suruh saya makan GCB. Dorang beramai-ramai cakap GCB "SEDAP". Dalam fikiran masa tu "mcD memang sedap semua tapi yg ni nmpk lagi sedap.. nyum2..." Saya pun mengorder la dengan jayanya. Memang3 sedap :))..... Ni menu limited edition tau.. Tidak tau la sudah habis or belum. Semester ni saya kurang makan mcD.. Tu tidak tau perkembangan mcD sekarang. Huhuhu.. Minta maap mcD.

Yang lawak saya rasa hari tu masa kami makan:
Lawak 1: Saya mau order Pineapple Passion *ganti sundae coklat* tapi masa di kaunter, tidak dapat sebut pula "Pineapple Passion". Rasa macam telampau jiwang mau sebut nama tu eskrim. wakkakaa... Sundae coklat la juga kesimpulannya... *buli2 durang kasi ketawa sy sbb tu alasan saya*

Lawak 2: Masa pilih tempat duduk tu, dorang pilih tempat duduk di bahagian dalam. Duduk paling hujung dekat sama dinding *mcD jusco Skudai ni tau*. Ok la, tempat memang strategik kalau mau tengo orang :D, nampak kedai Dunkin' Donuts lagi.. Tapi yang lawak tu, duduk dekat sama patung mcD merah~~ Saya takut seram sama tu patung!! wahahahhahaa.... malu2~ seram la.. *takut sama clown dlm cerita 'IT the clown'.. Sampai sekarang masih rasa seram. wuwuwuw... Mau kasi masuk pic IT the clown tapi takut tngu gambar dia. pigi tngu la sendiri. Mustahil2 sampai skrg masih seram. huhu..* Saya pun duduk la membelakang, nanti tidak habis pula makanan kalau duduk depan sama tu patung.. hahahahahahaa....

Lawak 3: Kalau siapa2 yang pernah makan GCB, kamu baca la tulisan2 di kotak dia. Memang jiwang habis. Kami semua pun sampai bejiwang2 makan. Habis juga la makan, sedap kan. Hahahaa...

Lawak 4: What's Your G? Soalan yang boleh dapat RM 5000. Kenapa lawak? Hahahhaa... Ada la sebab dia tu.. Topik yang tidak habis2 kami bincang. wakkakakaa.....

p/s: i'm in luv wif mcD lagi...



[22:55]

Saturday

Nyanyi dan menyanyi...


Kenal tidak siapa vokalis n pemain piano ni? kalau siapa2 yang tidak kenal, meh saya kasi kenal..hehee
kiri: Rian, vokalis band D'masiv
kanan: Kevin Aprilio, pemain piano band Vierra. *Indonesia Band*
Suka suara Rian n suka Kevin Aprilio main piano. Minat sama kamoo.. hohoho...

Ada yang cakap Rian tidak hensem tapi saya rasa dia hensem.. Mungkin sebab saya suka dengar dia menyanyi jadi saya rasa dia hensem. Mau cari boipreng yg pandai nyanyi juga la lepas ni... wakkakakkaa...

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH (A,B,AB,O)

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D..Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti
berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D..Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D..Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian




[11:17]

Friday

MAKANAN PERLU DIELAKKAN DARAH JENIS O

Sotong octopus
Ikan keli
Barracuda

Minyak jagung
Minyak kacangtanah
Minyak safflower

Blue cheese
Buttermilk
Cheddar cheese
Goats milk
Ice cream
Skimmed milk
Yoghurt

Brazil nuts
Cashew nuts
Peanuts
Peanut butter
Pistachio nuts

Kidney beans
Soya beans

Corn muffins
Corn bread
wheat bran muffins
wholewheat bread

cornflakes
cornmeal
wheatgerm

oat flour
plain flour
selfraising flour
sprouted wheat flour
wholewheat flour

apple cider
apple juice
cabbage juice
orange juice

alfalfa sprout
avocado
cabbage
cauliflower
mushrooms
olive
potato
sweetcorn

blackberries
coconut
melon – semua jenis tembikai
oren
strawberi
asam jawa
mayonnaise

alfalfa
aloevera
Echinacea
Senna
St john wort
Daun strawberi

Kopi
Soda
Teh

Kulit kayu manis
Pala
Lada
Vanilla
Cuka


p/s: Semua yg saya suka yg sepatutnya perlu dielakkan... wawawawa.....



[13:44]

Darah O (saya pemilik darah jenis O)

Mau beli ni buku.... di mana ada jual??

Ciri khas golongan darah O
  • Memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih tinggi dibandingkan tipe darah lain.
  • Mudah beradaptasi dengan berbagai makanan pada lingkungan yang ditempati.
  • Untuk mengatasi stres disarankan melakukan erobik.
  • Dianjurkan untuk mengonsumsi makanan tinggi protein dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah, ikan, sayuran.
  • Bila makanan yang dikonsumsi tidak sesuai, maka Anda berisiko terkena penyakit yang disebabkan oleh radang dan kerusakan organ seperti arthritis.
Menu diet yang dianjurkan:
  • Sarapan : 2 potong roti bakar lapis mentega + sebiji Pisang
  • Snack siang : Teh herbal
  • Makan Siang: Sepotong daging panggang + Salad bayam + Apel
  • Snack Sore : Sepotong kue
  • Makan Malam : Sepotong daging domba dan asparagus yang direbus + Kentang rebus + Buah + Teh herbal 




[12:45]

Thursday

Jerawat ku oo jerawat..

Saya jumpa ni info d internet..

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress.
Kumpulan ini biasanya panas baran (Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak)

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah.
Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal.
Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG dan DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. (Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik)

p/s: banyaknya jerawat saya...tidakk~~~~

[13:08]

Wednesday

Quote

Ada sorang kawan (Gila Lunatic) kongsi quote yang bagus.. Thanx fren :)

Gila Lunatic: When you are in love and you get hurt, it’s like a cut... it will heal, but there will always be a scar......

Vierra Elbo: makan la vitamin mghilangkan parut..hehehe...

Gila Lunatic: hahahahahaha.... the scars are in your heart vierra.., mcmna?

Vierra Elbo: ooo...jgn risau..teda jg org nmpk tu kalau d heart..kalau parut d kaki,risau la..hahahaaaa....

Gila Lunatic: Hahahahaha....
vierra, that is true 100% tp when you find your prince charming one day, don't forget to tell him about your scar tu....nanti ada yg masuk ICU plak.....

Vierra Elbo: kalau simpan ja tu scar,ko rasa2 dia tau juga ka..hahahaa...
mo kasi hilang terus smpi bila2 ba tu scar..kalau la scar d heart sm mcm scar d kaki yg senang ja mo kasi hilang kan..hahaha

Gila Lunatic: Vierra..., susah senang tu kita yang tentukan.
Jangan tutup pintu hati sbb d luar sana ada jodoh kita cuma kita yg belum jumpa. kalau dah tutup bmakna kita sendiri yg menutup peluang kita.....
Dlam dunia ni tiada siapa yg xnak ada teman hidup, cuma ada orang yg tidak mau bersuara, ada byk....

Vierra Elbo: bukan mo tutup..tapi mmg tiada lagi pintu..cmna tu?? hahahaa...nanti sy cari doraemon,minta dia pintu suka hati..pasang balik pintu yg suda hilang..hahahaha

Gila Lunatic: Vierra..., if that scar got traces (people, notes, internet etc) one day he will know. Its better to come out from your own mouth then he received it from others kan?
tapi maybe lama lagi bha untuk ko tu kn?



[13:15]

Tuesday

ni yang ke-100..

April 2009:~ tercipta la blog yang tidak seberapa ini..
Julai 2010:~ saya post untuk ke-100 kali n saya ada 80 follower..

Huhu.. Blog tidak cantik.. Boring mau masuk.. Jarang update pula.. Minta maap kawan2, telampau buzy sampai selalu tidak update blog. Bukan apa ba, selalu buka blog tapi tiada idea mau tulis apa. Tapi serius, saya suka baca blog kamu semua. Kadang2 baca guna henpon lagi oh...

................. internet lambat betul ni!!! Hilang terus idea mau tulis2.. Atau mungkin sebab mengantuk suda... Tidur dulu la. Nanti ada idea, saya tulis banyak2..

(11:08)

Monday

sempat lagi ba....

ok.. sempat lagi update blog... sekarang ni kununnya tulis2 nota sambil dengar2 lagu.. tup2 sampai pula lagu best.. lagu untuk bunda :).. huhuhu.. rindu mama :-* mo balik rumah......

ni lirik tu lagu..
Perhatikan, kulihatkan
Semua yang pernah ada ’kan kutaruhkan
Perasaan kuberikan
Tak sedikit pun waktu ’kan kutinggalkan
Kuserahkan
Semua yang kau minta ’kan ku penuhi
Ku bertahan
Hanya disaat bunda di sisiku
Maha Besar Kau telah berikanku hidup
Dia segalanya di hidupku

Perhatikan, kulihatkan
Semua yang pernah ada ’kan kutaruhkan
Perasaan kuberikan
Tak sedikit pun waktu ’kan kutinggalkan

Maha Besar Kau telah berikanku hidup
Dia segalanya di hidupku
Bunda yang kucintai di dalam hatiku
Dia terbaik di mataku

Thanx sama mama yg tahan sama gaya saya yg luar biasa :D.. dia tau saya lebih dari siapa pun.. love u so much mama......

(11:03)

Friday

Azam Baru Elbo

Saya suka main game.. Suka main semua jenis game. Suka yang melampau2 sampai boleh addicted. Kalau sudah main game, makan n tidur pun jadi tidak menentu. Concentrate melampau2 sampai tidak sedar apa orang sekeliling sedang cakap. Kalau tidur pun boleh mimpi pasal game.. =,="

Adei... Apa ba saya mau cakap ni.. Saya mau cakap pasal AZAM la..Azam baru saya semester ni 'tidak mau main game lagi'. Tapi saya TIDAK BOLEH TIDAK MAIN GAME!!!!!!! wawawawa.... tolong siapa2 rotan saya kalau saya masih main game!! Oleh sebab rasa macam tu azam macam bakal2 tidak tercapai, saya pun ubah azam.. *ehehehee.. bulih ubah2 pula* Azam baru saya pun akhirnya bertukar kepada 'kurang main game'. hehehehe.....

Betul ni saya cakap mau kasi kurang main game walaupun ada pihak yang tidak percaya SAYA BOLEH KASI KURANG MAIN GAME.. pihak itu termasuklah diri saya sendiri.. wakkakakaka....


(14:23)

Thursday

setelah sekian lama x update blog....

Rasa sedih3~ rindu3 sama rumah.. ops.. rindu famili n rumah.. rindu mau tidur d bilik sendiri.. wuhuhu, lagi sedih, patung doraemon tetinggal di rumah.. wawawa.. kecian doraemon tito sorang seekor di bilik. *macam salah ja seekor.. ermmm.. apa istilah yg seswai utk patung??*

2 hari sudah saya d jB.. makan makan dan makan ja kerja.. makan itu mengembirakan tapi kegemukan itu menyedihkan.. mau diet la kunun.. tapi baru tadi pg shopping beli vitamin C~~ lepas ni tambah lagi selera makan. wawawa... SAYA SUKA VITAMIN C WALAUPUN IA MENGEMUKKAN.. ada pula quote macamtu. :'( keciwa sama diri sendiri... xpa la, makan dulu.. yang penting bahagia.. lepas ni beli cermin ajaib yg boleh nampak kurus d cermin..

minggu depan start kuliah n saya masih blurr2.. belum sedia lagi mau study niii....!! menangis beguling2 mengenangkan diri sendiri berjalan menuju ke dewan kuliah.. haish~

entah apa2 saya tulis ni.. huhu.. saja mau update baaaaaaaaaaaaa.............................



(01:12)
 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template