If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Thursday

Bridge to Terabithia

Best movie. Hubungan keluarga, persahabatan, fantasi... Semua ada di sini.
Permulaan ni movie, saya rasa happy. Penuh fantasi n angan-angan budak kecil. Mula tu rasa mcm movie biasa, ada problem n selesaikan tu problem. Tapi hujung ni movie memang x dijangka sama sekali *haish,skema ja bunyi*.

Bridge to Terabithia ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Jess. Dia ni kiranya budak skema la. Selalu kena buli, kurang kawan. Tambah lagi keluarga dia yang ada masalah kewangan. Kisah gembira hidup dia bermula selepas dia mula berkawan dengan sorang budak perempuan bernama Leslie yang baru masuk sekolah dia. Leslie duduk 1 kelas sama dia n juga duduk sebelah rumah dia a.k.a jiran.
Macam biasa la, time budak2 kan suka betul mau berangan. Dorang pun macam tu juga.
Mula tu dorang jalan2 di hutan. Dorang pun terjumpa la satu tali di atas pokok. Tali tempat kita suka begayut2 macam monyet tu. hehehe.. Tu tali yang bawa dorang pg satu dunia yang lain. Di bawah tu tali ada satu batang sungai, kiranya tu sungai yang kasi pisah dunia dorang sama dunia sebenar. Dunia dorang: kalau tngo dgn mata kasar, nampak hutan ja la.. Tapi fantasi budak kan hebat, dorang pun create la dunia dorang sendiri n dorang bagi nama tu tempat sebagai Terabithia. Di sana, semua yang kita mau buat or kita kasi bayang akan jadi real la kunun.. Fantasi budak2 kan..
Hampir setiap hari dorang datang pg kota Terabithia n itu jadi hari yang paling gembira bagi dorang 2.
Satu hari tu, Jess keluar pg muzium sama2 cikgu muzik dia. Cikgu dia tau bakat melukis yang ada sama Jess, tu sebab dia bawa Jess pg muzium lukisan. Masa otw pg tu, dia ingat pula janji dia mau pg kota Terabithia sama2 Leslie. Tapi dia diam2 ja, terus ikut cikgu dia pg muzium. Masa balik rumah, 1 famili dia risau. Mama dia siap nangis2 lagi.. Jess pun heran la kan, baru balik hepi2 tiba2 orang rumah nangis2. Dorang ingat Jess sudah mati. Jess pun dengan herannya tanya, camna dorang boleh fikir yang dia sudah mati. Di sana la part paling sedih.. huhuhu.. Bapa dia pun bagitau la, Leslie suda pass away sebab lemas masa mau pg kota Terabithia. Jess rasa sakit hati sangat3 n x percaya. Yang sedih kan, dia tidak menangis pun. Dia simpan ja dalam hati.. huhuhu.. lagi sakit simpan dalam hati kan. Dia pg kota Terabithia n panggil2 Leslie. Dia tiada pun gambar Leslie, ada lukisan ja.. Hujung2 dia nangis juga, kalau mau tau camna dia nangis, tngo la ni movie..

Bagi saya, ni movie memang sedih. Saya rasa hubungan persahabatan tu sangat hebat. Mungkin sebab ramai kawan dari kecil jadi saya rasa kawan tu memang penting. Satu lagi yang saya suka dalam ni movie.. Hubungan bapa n anak.. huhuhu :)

Hehehe..apa2 pun, ni movie memang best.. happy n sedih..
adeh, bsok ada test tapi masih sempat tngo movie ba.. haish.




elbo (23:02)

1 apa kata kamu:

ONN said...

Mau!!! Minta!!!

 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template