If I told you I missed you, would you care? If I told you I couldn't live without you, would you be there? If I told you I could be your everything, would you give me a chance? If I told you I could make you happy, would you give me the perfect romance? If I told you you're the only one I think about, would you keep track? If I told you I loved you...would you love me back?

Saturday

Konvokesyen ILKKM

6 Oktober 2016

Ini konvokesyen kedua terbesar pernah saya ikut. Konvokesyen ni kali lebih bermakna dari konvokesyen sebelum ni (UTM). Maksudnya bukan saya tidak bersyukur untuk konvokesyen saya yang first. Cuma ada kenangan yang saya mau kasi lupa masa tu.

Saya ada tanya si boipren kalau dia mau datang atau tidak masa majlis konvokesyen. Dia cakap macam tidak dapat datang sebab ada masalah transport. Terus saya pun mengimbaulah kunun kenangan dulu-dulu sama ex. Konvokesyen saya 2011 saya harap betul dia datang. Dia suda janji masa mula-mula masuk UTM yang dia akan datang masa majlis konvokesyen saya. Tapi masa tahun ke tiga, masa saya struggle untuk exam n projek sarjana muda yang bikin stress, masa tu juga lah paling banyak begaduh sama dia. Dia tidak datang pg majlis konvokesyen saya. Tu malam saya nangis, takut-takut ja bengkak mata masa konvo. Hahaa.

Itu kisah lama. 2015, masa saya sedang struggle exam dan OSCE, c boipren sentiasa ada walaupun dia jauh. Tiap-tiap malam lah dia call. Kadang kalau panat, kana marah-marah lah c boipren. Tapi dia sabar betul. Dia tidak pun pernah marah balik. Rasa bersalah juga sama c boipren. Malam sebelum exam, dia cakap tidak mau call sebab mau bagi masa saya untuk tidur awal. Saya ada rasa stress sikit tu malam sebab ingat exam bisuk, jadi saya marah-marah dia. Lepas tu dia call.. Stress saya hilang masa dengar suara dia. Saya pun tidak tau kenapa. Mungkin sebab dia biasa sudah call hari-hari kan. Masa exam saya dapat jawab betul-betul, masa OSCE saya dapat perform bagus. Dan saya masuk dalam best student Final Exam sama ujian LJM/LBM. Biar betul. Hahaa.

Habis ja majlis konvokesyen, saya buka handphone nampak mesej c boipren. Dia lambat bangun, seriously? Erm. Tapi dia cakap dia mau datang. Dup dap jantung saya masatu. Sudahlah muka berminyak, bida suda lah orang bilang. Saya tunggu dia datang dan memang dia datang. Hantam ja lah, tidak sempat sudah mau touch up muka. Hahaa. Biar lah, kalau dia suka saya dia terima seadaanya juga tu. Hahaa. Kalau lah dia tau macamana besarnya hati saya (gembira ba, ada ka besar hati.. mulau) masa dia datang. :). Itu sebab saya bersungguh-sungguh belajar mau suka sayang cinta sama ko. Hahaa.

Ok banyak cakap merapu. Yang penting sekarang sudah habis majlis konvo, buli sudah fokus kerja (yala fokus..). Buli suda berfoya-foya lepas dapat gaji.. Haha.
 
Just A Dream Blogger Template by Ipietoon Blogger Template